Prinsip-prinsip Latihan (FITT)
Menurut Aris Fadli Ujang, 2007:52, program latihan yang berkesan
bergantung pada pelaksanaan aktiviti fizikal dalam program tersebut.
Pelaksanaan aktiviti harus mempertimbangkan aspek kekerapan, intensiti, masa
dan jenis aktiviti yang optimum untuk memperolehi tahap kecergasan maksimum.
Keempat-empat aspek ini dinyatakan sebagai FITT.
Prinsip asas senaman FITT;
F-
Kekerapan bersenam (Frequency)
i- Senaman secara konsisten.
ii- Jumlah hari bersenam dijadikan ukuran
kekerapan.
iii- Komponen kecergasan memerlukan
aktiviti dijalankan sekurang-kurangnya 3 – 5 kali seminggu.
I-
Bebanan (Intensity)
i- Senaman hendaklah cukup lasak
(kelasakan melebihi kadar biasa) untuk mencapai kecergasan sebenar.
ii- Kecergasan jantung juga memerlukan
senaman yang dapat meningkatkan kadar nadi melebihi kadar normal.
iii- Kadar nadi maksimum yang perlu
dicapai adalah 60% - 80%
T-
Masa senaman (Time)
i- Senaman perlu dilakukan
sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi
ii- Masa bersenam bergantung pada
intensiti. Jika intensiti rendah, ia memerlukan masa yang lebih panjang. Jika
intensiti tinggi, ia memerlukan masa yang lebih pendek.
T-
Jenis senaman (Type)
i- Suatu jenis senaman harus dilakukan
mengikut komponen kecergasan yang berbeza.
ii- Pilih aktiviti mengikut keupayaan
dan minat serta pelbagaikan senaman yang dilakukan.
iii- Lakukan senaman bercorak aerobic,
berbasikal, berenang, berjalan pantas, berjogging dan aktiviti yang mempunyai
banyak gerakan.



0 comments:
Post a Comment