Buscar

Cerebral Palsy

Apa Itu Cerebral Palsy?

Cerebral-Palsy-birth-disorders-article
Cerebral palsy (CP) adalah satu istilah yang luas digunakan untuk menggambarkan sekumpulan pengidap “palsies” kronik yang mana terdapat gangguan yang menjejaskan kawalan pergerakan berpunca kerosakan ketika perkembangan otak. CP selalunya berlaku ketika usia 2 atau 3 tahun. Ianya diketegorikan gangguan otak nonprogressive yang bermaksud kerosakan otak tidak terus terjadi sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, gejala-gejala akibat kerosakan otak sering berubah mengikut masa – kadang-kadang ianya bertukar menjadi lebih baik dan kadang-kadang menjadi lebih teruk. CP adalah salah satu punca paling biasa kecacatan kanak-kanak kronik.
Antara 35% dan 50% daripada kanak-kanak mengidap CP akan mempunyai gangguan tumbesaran yang disertakan dan sedikit terencat mental. Mereka juga mungkin mempunyai masalah pembelajaran dan masalah penglihatan, pertuturan, pendengaran, atau bahasa.
Ramai yang masih tidak mengetahui sebab-sebab gangguan itu, tetapi terdapat bukti yang menyokong teori bahawa ianya daripada sebab :
  • Jangkitan (Meningitis)
  • Kecederaan semasa kelahiran
  • Kurang bekalan oksigen ke otak sebelum, semasa, dan selepas kelahiran
  • Dehidrasi yang melampau sehingga mengakibatkan kecederaan otak
  • Trauma fizikal di otak
Tanda dan simptom.
Tanda-tanda dan simptom muncul semasa peringkat awal atau semasa prasekolah lagi. Secara umum, tanda-tanda cerebral palsy adalah pergerakan seseorang akan terjejas disebabkan refleks dibesar-besarkan, kekakuan anggota dan otot postur yang tidak normal, gerakan luar kawalan, kegoyangan berjalan, atau antara gabungan ini.
Pengidap cerebral palsy juga mungkin mempunyai kesukaran ketika menelan makanan atau minuman dan biasanya mempunyai ketidakseimbangan otot  mata.
Kesan cerebral palsy pada kebolehan berfungsi amat berbeza. Sesetengah orang boleh berjalan dan ada yang tidak boleh berjalan. Sesetengah orang menunjukkan perkembangan intelek yang biasa, tetapi yang lain mungkin kurang upaya intelektual. Epilepsi, buta atau pekak juga boleh berlaku.

Jenis-jenis Cerebral Palsy;

dwe00211g20_1_
Spastik (otot-otot keras)
  • Biasanya berlaku kekejangan pada sebelah kanan badan
  • Jika kaki & tangan kanan kejang – hemiplegia”
  • Jika kedua-dua belah kaki kejang – “diplegia”
  • Seluruh badan – “quadriplegia”
Ataxia 
  • Otot-otot tangan & kaki lembik
  • Keadaan pergerakan motor tidak stabil dan bergegar.
Athetoid/Diskinetik
  • Pergerakan abnormal yang tidak boleh dikawal.
  • Kecederaan pada muka, tangan, badan. Ini akan menyebabkan kesulitan dalam percakapan, cara makan, memegang benda dan pergerakan motor.

Kaedah rawatan/terapi;

Mengetahui-Penyebab-Cerebral-Palsy-2
Terapi fizikal 
  • Lebih kepada senaman untuk melonggarkan otot-otot seperti regangan (stretching) Contoh; kanak2 yang mempunyai kaki yang tidak sama panjang akan menggunakan kasut khas yang bertumit tinggi pada kaki yang lebih pendek.
  • Kanak2 yang tidak boleh berjalan – diajar berjalan menggunakan tongkat, kerusi roda, crutches, walkers.
Terapi hidro/air 
  • Sesuai untuk perkembangan fizikal melalui pergerakan motor halus dan kasar.
  • Ransangan air – membolehkan pesakit merasa tenang. Aktiviti dalam air dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui regangan dan seterusnya melembutkan fungsi-fungsi sendi & meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot.
Terapi cara kerja (Occupational Therapy)
  • Terapi yang fokus kepada meningkatkan perkembangan motor halus seperti tangan, kaki, muka, jari tangan dan kaki. Mengajar kemahiran asas seperti cara berpakaian, cara makan, cara pergi ke tandas dan sebagainya. Penggunaan alatan sokongan seperti kerusi roda bagi memudahkan kehidupan mereka.
Terapi pertuturan 
  • Melatih pergerakan bibir dan lidah. Terapi ini sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bercakap dan makan.
  • Dilatih untuk mengungkapkan kata-kata verbal & non-verbal (bahasa isyarat)
Terapi Integrasi Sensori
  • Pendekatan yang digunakan untuk membolehkan kanak-kanak mencapai tahap optimum dari segi pergerakan dan memperbaiki keseimbangan. Contoh: sentuhan & urutan pada bahagian badan dengan bantuan alat-alat sokongan seperti “styrofoam chips”, air dan alat permainan.
Terapi ubat-ubatan 
  • Ubat-ubatan untuk mengurangkan masalah ketegangan. Contoh: Diazepam, Baclofen, and Dantrolene
  • Suntikan ubat “Botulinum Toxin” – pada bahagian otot-otot yang tegang.
Pembedahan/Surgery 
  • Pembedahan hanya akan dijalankan sekiranya perlu. Contoh: Mereka yang berjalan menggunakan hujung kaki
  • Pembedahan orthopedic untuk memanjangkan urat kaki akan dilakukan. Ini membantu kanak-kanak tersebut mengatasi masalah berjalan dan kawalan keseimbangan.
Peralatan (special equipment)
  • Penggunaan peralatan yang sesuai untuk kanak-kanak cerebral palsy.
  • Tujuan: untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti dan menjalani rawatan/pemulihan. Contoh: kerusi roda & walker.

0 comments:

Post a Comment