Buscar

ADHD



ADHD adalah singkatan untuk  "Attention Deficit-Hyperactivity Disorder" atau dalam Bahasa Melayunya Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan.

Terdapat 3 jenis kecelaruan :

1) Kurang Tumpuan.
2) Hyperaktif.
3) Impulsiviti (Menurut kata hati).


Golongan yang terdedah :

Kajian yang telah dibuat di Malaysia ke atas kanak-kanak berusia 5 - 15 tahun mendapati seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkan adalah kanak-kanak lelaki.


Punca :

1) Faktor genetik.
2) Ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak.
3) Yang paling penting takdir Allah s.w.t.

Cara nak kesan (Tanda dan gejala) :


Image result for hiperaktif
Seorang kanak-kanak akan diklafikasikan mempunyai masalah ADHD sekiranya mempunyai lebih dari 6 gejala-gejala berikut :

1) Kurang tumpuan 


    * Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
    * Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah.
    * Tidak dapat menyelesaikan tugasnya.
    * Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya.
    * Tidak berupaya mematuhi arahan.
    * Mengelakkan aktiviti memerlukan konsentrasi dan fikiran.
    * Mudah hilang perhatian.
    * Pelupa.

2) Hyperaktif


    * Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya.
    * Meninggalkan kerusinya di kerlas walaupun sepatutnya ia duduk di situ.
    * Berlari-lari dan emanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa).
    * Bising waktu bermain.
    * Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam).
    * Banyak cakap.

3) Impulsiviti (Menurut kata hati)
   

    * Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis.
    * Tidak sabar menunggu giliran.
    * Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain.

Tambahan :
  
    * Gejala-gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun.
    * Gejala-gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan.
    * Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam;
    * Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu.
    * Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan.
    * Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah,
       dengan rakan-rakan dan kehidupan hariannya.

Komplikasi yang akan terjadi :

1) Wujud bersama-sama Gejala Tentangan  dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) -  
    Kanak-kanak cenderung berkelakuan degil, keras kepala dan pembangkang.

2) Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan-rakan.

3) Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi 
    tumpuan pada pelajaran di sekolah.


Rawatan :

Ubat-ubatan untuk mengawal kadar hyperaktif biasanya adalah Methylphenidate (Ritalin) dan mesti diambil dalam jangkamasa panjang. Disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Memberi kesan sampingan seperti hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur. Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.

Pemulihan :

Intervensi tingkah laku

Terdapat beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipratikkan di sekolah :

1) Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebur memberi perhatian
    dan memahaminya.

2) Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya.
    Berikan pujian dengan spesifik / tepat, contoh : tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah
    menyimpan permainan di tempat yang betul.

3) Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang
    (hyperlink) adalah satu cara yanag bagus untuk membantu kanak-kanak berkelakua dengan lebih baik.

4) Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.

5) Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk
    memastikan tugasnya disempurnakan.

6) Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpananya berfikir dalu sebelum mengeluarkan
    kata- kata.

7) Bina semangat dan kelebihan yanag ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada
    kelemahannya sahaja.

8) Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.

9) Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja -kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak
    ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.

Pendidikan Khas

Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, KementerianPendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas. Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepada mereka. 

      

Disleksia

Image result for disleksia


Apa itu Disleksia?

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.

Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Jenis-jenis disleksia;

* Dyscalculia (Diskalkulia) – bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik;
* Dysgraphia (Disgrafia) – bermasalah dalam bahasa; dan

* Dyspraxia (Dispraksia) – bermasalah dalam koordinasi motor-mata-tangan.

Ciri-ciri penghidap Disleksia;


1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku dalam kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku dalam kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-Punca Disleksia;

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Masalah Kanak-Kanak yang Menghadapi Disleksia;


Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada; 




Image result for disleksia
Mengeja

Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n
c – e p – q h – n b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v

Membaca

Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba
Gula – lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut:
Jam – jem
cat – cat

Menulis

Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.
Bercakap dan mendengar
Terdapat juga dalam kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

Nombor

Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 – 8
9 – 6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial;

- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh

- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.

Rawatan Kanak-Kanak Disleksia;

Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak disleksia. Apa pun ia bergantung kepada kesesuaian keadaan kanak-kanak.

1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal.
2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi.
4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
5. Membacakan cerita untuk anak-anak dan sentiasa mendampingi mereka.
6. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
7. Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni.
8. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik.

9. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai.

Cerebral Palsy

Apa Itu Cerebral Palsy?

Cerebral-Palsy-birth-disorders-article
Cerebral palsy (CP) adalah satu istilah yang luas digunakan untuk menggambarkan sekumpulan pengidap “palsies” kronik yang mana terdapat gangguan yang menjejaskan kawalan pergerakan berpunca kerosakan ketika perkembangan otak. CP selalunya berlaku ketika usia 2 atau 3 tahun. Ianya diketegorikan gangguan otak nonprogressive yang bermaksud kerosakan otak tidak terus terjadi sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, gejala-gejala akibat kerosakan otak sering berubah mengikut masa – kadang-kadang ianya bertukar menjadi lebih baik dan kadang-kadang menjadi lebih teruk. CP adalah salah satu punca paling biasa kecacatan kanak-kanak kronik.
Antara 35% dan 50% daripada kanak-kanak mengidap CP akan mempunyai gangguan tumbesaran yang disertakan dan sedikit terencat mental. Mereka juga mungkin mempunyai masalah pembelajaran dan masalah penglihatan, pertuturan, pendengaran, atau bahasa.
Ramai yang masih tidak mengetahui sebab-sebab gangguan itu, tetapi terdapat bukti yang menyokong teori bahawa ianya daripada sebab :
  • Jangkitan (Meningitis)
  • Kecederaan semasa kelahiran
  • Kurang bekalan oksigen ke otak sebelum, semasa, dan selepas kelahiran
  • Dehidrasi yang melampau sehingga mengakibatkan kecederaan otak
  • Trauma fizikal di otak
Tanda dan simptom.
Tanda-tanda dan simptom muncul semasa peringkat awal atau semasa prasekolah lagi. Secara umum, tanda-tanda cerebral palsy adalah pergerakan seseorang akan terjejas disebabkan refleks dibesar-besarkan, kekakuan anggota dan otot postur yang tidak normal, gerakan luar kawalan, kegoyangan berjalan, atau antara gabungan ini.
Pengidap cerebral palsy juga mungkin mempunyai kesukaran ketika menelan makanan atau minuman dan biasanya mempunyai ketidakseimbangan otot  mata.
Kesan cerebral palsy pada kebolehan berfungsi amat berbeza. Sesetengah orang boleh berjalan dan ada yang tidak boleh berjalan. Sesetengah orang menunjukkan perkembangan intelek yang biasa, tetapi yang lain mungkin kurang upaya intelektual. Epilepsi, buta atau pekak juga boleh berlaku.

Jenis-jenis Cerebral Palsy;

dwe00211g20_1_
Spastik (otot-otot keras)
  • Biasanya berlaku kekejangan pada sebelah kanan badan
  • Jika kaki & tangan kanan kejang – hemiplegia”
  • Jika kedua-dua belah kaki kejang – “diplegia”
  • Seluruh badan – “quadriplegia”
Ataxia 
  • Otot-otot tangan & kaki lembik
  • Keadaan pergerakan motor tidak stabil dan bergegar.
Athetoid/Diskinetik
  • Pergerakan abnormal yang tidak boleh dikawal.
  • Kecederaan pada muka, tangan, badan. Ini akan menyebabkan kesulitan dalam percakapan, cara makan, memegang benda dan pergerakan motor.

Kaedah rawatan/terapi;

Mengetahui-Penyebab-Cerebral-Palsy-2
Terapi fizikal 
  • Lebih kepada senaman untuk melonggarkan otot-otot seperti regangan (stretching) Contoh; kanak2 yang mempunyai kaki yang tidak sama panjang akan menggunakan kasut khas yang bertumit tinggi pada kaki yang lebih pendek.
  • Kanak2 yang tidak boleh berjalan – diajar berjalan menggunakan tongkat, kerusi roda, crutches, walkers.
Terapi hidro/air 
  • Sesuai untuk perkembangan fizikal melalui pergerakan motor halus dan kasar.
  • Ransangan air – membolehkan pesakit merasa tenang. Aktiviti dalam air dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui regangan dan seterusnya melembutkan fungsi-fungsi sendi & meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot.
Terapi cara kerja (Occupational Therapy)
  • Terapi yang fokus kepada meningkatkan perkembangan motor halus seperti tangan, kaki, muka, jari tangan dan kaki. Mengajar kemahiran asas seperti cara berpakaian, cara makan, cara pergi ke tandas dan sebagainya. Penggunaan alatan sokongan seperti kerusi roda bagi memudahkan kehidupan mereka.
Terapi pertuturan 
  • Melatih pergerakan bibir dan lidah. Terapi ini sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bercakap dan makan.
  • Dilatih untuk mengungkapkan kata-kata verbal & non-verbal (bahasa isyarat)
Terapi Integrasi Sensori
  • Pendekatan yang digunakan untuk membolehkan kanak-kanak mencapai tahap optimum dari segi pergerakan dan memperbaiki keseimbangan. Contoh: sentuhan & urutan pada bahagian badan dengan bantuan alat-alat sokongan seperti “styrofoam chips”, air dan alat permainan.
Terapi ubat-ubatan 
  • Ubat-ubatan untuk mengurangkan masalah ketegangan. Contoh: Diazepam, Baclofen, and Dantrolene
  • Suntikan ubat “Botulinum Toxin” – pada bahagian otot-otot yang tegang.
Pembedahan/Surgery 
  • Pembedahan hanya akan dijalankan sekiranya perlu. Contoh: Mereka yang berjalan menggunakan hujung kaki
  • Pembedahan orthopedic untuk memanjangkan urat kaki akan dilakukan. Ini membantu kanak-kanak tersebut mengatasi masalah berjalan dan kawalan keseimbangan.
Peralatan (special equipment)
  • Penggunaan peralatan yang sesuai untuk kanak-kanak cerebral palsy.
  • Tujuan: untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti dan menjalani rawatan/pemulihan. Contoh: kerusi roda & walker.

Latihan FITT

Prinsip-prinsip Latihan (FITT)


     Menurut Aris Fadli Ujang, 2007:52, program latihan yang berkesan bergantung pada pelaksanaan aktiviti fizikal dalam program tersebut. Pelaksanaan aktiviti harus mempertimbangkan aspek kekerapan, intensiti, masa dan jenis aktiviti yang optimum untuk memperolehi tahap kecergasan maksimum. Keempat-empat aspek ini dinyatakan sebagai FITT.

Prinsip asas senaman FITT;

Image result for fitness clipart



F- Kekerapan bersenam (Frequency)

i- Senaman secara konsisten.
ii- Jumlah hari bersenam dijadikan ukuran kekerapan.
iii- Komponen kecergasan memerlukan aktiviti dijalankan sekurang-kurangnya 3 – 5 kali seminggu.

I- Bebanan (Intensity)

i- Senaman hendaklah cukup lasak (kelasakan melebihi kadar biasa) untuk mencapai kecergasan sebenar.
ii- Kecergasan jantung juga memerlukan senaman yang dapat meningkatkan kadar nadi melebihi kadar normal.
iii- Kadar nadi maksimum yang perlu dicapai adalah 60% - 80%

T- Masa senaman (Time)

i- Senaman perlu dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi
ii- Masa bersenam bergantung pada intensiti. Jika intensiti rendah, ia memerlukan masa yang lebih panjang. Jika intensiti tinggi, ia memerlukan masa yang lebih pendek.

T- Jenis senaman (Type)

i- Suatu jenis senaman harus dilakukan mengikut komponen kecergasan yang berbeza.
ii- Pilih aktiviti mengikut keupayaan dan minat serta pelbagaikan senaman yang dilakukan.

iii- Lakukan senaman bercorak aerobic, berbasikal, berenang, berjalan pantas, berjogging dan aktiviti yang mempunyai banyak gerakan.

Pencemaran


Definisi : Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat, 

Pencemaran ialah perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekililing dengan sampah sarap dan sebagainya. 

Alam pula ialah bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi dan sekitar pula bermaksud di tempat atau di sekeliling.


Pencemaran boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu, 

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam.
  • letusan gunung berapi
  • dilanda ribut taufan
  • gempa bumi dan sebagainya. 

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan.
  • pencemaran udara
  • pencemaran air
  • pencemaran tanah.